Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

74 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai membuat keputusan berikut: Pertuduhan 1 Pegawai didapati bersalah dan dikenakan hukuman ‘turun gaji’ sebanyak satu pergerakan selama tempoh 12 bulan mengikut peraturan 38(e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pertuduhan 2 Pegawai didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) sebagai Penguasa Kastam, pegawai tidak sepatutnya membeli kereta daripada Syarikat TEC yang mempunyai kepentingan dengan pegawai; (b) perbuatan pegawai menimbulkan syak dan menjatuhkan imej perkhidmatan awam di mata masyarakat secara keseluruhannya; dan (c) menjadi tauladan kepada pegawai lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy