Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

73 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: Pertuduhan 1 Pegawai menjelaskan bahawa kereta yang dibeli telah berada dalam keadaan yang tidak memuaskan. Beliau terpaksa membelanjakan sebanyak RM3,000.00 untuk memperbaikinya. Harga yang ditawarkan adalah bersesuaian dengan cara penggunaan yang lasak sewaktu kenderaan tersebut digunakan untuk sebuah projek. Harga kereta berkenaan juga telah ditetapkan oleh pihak syarikat tanpa berbincang dengan pegawai setelah beliau menyatakan hasrat untuk membelinya. Pertuduhan 2 Pegawai menjelaskan perisytiharan harta tersebut telah dibuat pada awal Mac 2004 tetapi tidak diproses sehingga 31 Disember 2004. Setelah pegawai bertukar, pegawai telah sekali lagi mengisytiharkan harta tersebut, namun pada awal Oktober 2005, pengisytiharan tersebut telah dikembalikan untuk pembetulan. Pegawai telah menghantar semula pengisytiharan harta baru pada Disember 2005, namun ia tidak diproses sehingga beliau bertukar pada Februari 2006. Pegawai telah mengemukakan pengisytiharan harta tersebut kepada Pengarah Kastam Negeri PH pada April 2006. Pegawai telah diberikan kebenaran untuk menggunakan kereta tersebut bagi maksud tuntutan perjalanan. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan bahawa tiada sebarang keraguan terhadap representasi yang dikemukakan bagi pertuduhan yang dinyatakan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy