Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

72 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN (c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa- (ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri.” Pertuduhan 2 Bahawa tuan, Encik HJ (KP: 000000-00-0000) Penolong Kanan Pengarah Kastam, Penguasa Kastam Gred W52 di Pejabat Kastam Diraja Malaysia Negeri PH telah gagal untuk melaporkan perisytiharan harta tambahan berhubung pembelian kereta Toyota Unser No. Pendaftaran XC 4321. Tuan telah gagal untuk mematuhi peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2002 dan Perintah Tetap Perjawatan Bilangan 39 Bertarikh 1 April 1995 – Arahan Mengenai Pemilikan Dan Pengisytiharan Harta Di Bawah Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Perbuatan tuan boleh diertikan sebagai melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh- (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy