Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

71 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/ TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Pertuduhan 1 Bahawa tuan, Encik HJ (KP: 000000-00-0000) Penolong Kanan Pengarah Kastam, Penguasa Kastam Gred W52 di Pejabat Kastam Diraja Malaysia Negeri PH pada 23 November 2004, bertempat di Lot 34, Jalan Hang Lekiu, PH, telah membeli sebuah kereta Toyota Unser, No. Pendaftaran XC 4321 daripada Syarikat TEC dengan harga istimewa iaitu harga yang lebih rendah di bawah harga pasaran sebagai balasan membantu syarikat tersebut semasa berurusan dengan pihak Jabatan Kastam. Perbuatan tuan itu boleh diertikan telah menggunakan kedudukan awam untuk faedah sendiri tuan iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4(2)(c)(ii), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh-

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy