Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

69 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 9. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib rayuan perayu berserta ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan perayu dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat rayuan perayu diterima sebagaimana yang ditetapkan di bawah peraturan 15(2), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, 1993. Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut: (a) berdasarkan aspek prestasi, perayu merupakan pegawai yang mengambil berat dan komited terhadap tugas. Setiap tugas disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan; (b) perayu telah berkhidmat selama 23 tahun dan perayu tidak pernah dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar tatakelakuan; (c) perayu boleh bekerjasama dan bergaul baik dengan rakan sekerja sama ada pegawai atasan mahupun bawahan; (d) dari aspek sikap terhadap kerja, perayu adalah berpengalaman dan berpengetahuan, prihatin serta komited terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan; dan (e) sebagai seorang pegawai kerajaan, perayu bekerja atas dasar berkhidmat untuk negara tanpa mengira cuti, kerap bertugas di luar pejabat dan jauh malam sehingga mengabaikan tuntutan keluarga, jiran dan sahabat handai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy