Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

68 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan berdasarkan alasan-alasan berikut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib: (a) perayu sebagai Setiausaha Lembaga Perolehan Persekutuan Negeri, perayu hanya menguruskan mesyuarat dari segi panggilan, mengambil minit dan menyampaikan keputusan mesyuarat. Perayu tidak mempunyai kuasa membuat keputusan dan juga mempengaruhi mesyuarat; (b) Syarikat X tidak pernah memasuki tender yang diputuskan oleh Lembaga Perolehan Persekutuan sepanjang perayu menjadi Setiausaha Lembaga Perolehan Persekutuan; (c) harga kereta terpakai yang dibeli oleh perayu adalah berpatutan dan masih dalam harga pasaran. Persoalan sama ada harga yang ditawarkan oleh penjual di bawah harga pasaran adalah di luar pengetahuan perayu; (d) perayu menjelaskan setelah membeli kereta berkenaan, perayu terpaksa membuat beberapa pembaikan; (e) perayu telah berkhidmat selama 23 tahun dan tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib; (f) selama bertugas, perayu bekerja atas dasar berkhidmat untuk negara tanpa mengira hari cuti, kerap bertugas di luar pejabat dan jauh malam sehingga terkadang mengabaikan tuntutan keluarga, jiran dan sahabat handai; dan (g) selama 12 tahun berkhidmat di Negeri Y, perayu tidak pernah memohon untuk bertukar.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy