Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

67 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa Pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘amaran’ mengikut Peraturan 38(a), Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) sebagai Setiausaha Lembaga Perolehan Negeri, pegawai tidak sepatutnya membeli kereta daripada Syarikat X yang berkemungkinan mempunyai kepentingan dengan pegawai pada masa akan datang; (b) perbuatan pegawai menimbulkan syak dan menjatuhkan imej perkhidmatan awam di mata masyarakat secara keseluruhannya; dan (c) menjadi teladan kepada pegawai lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama. 8. RAYUAN PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan rayuan ke atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.1). Rayuan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai menerima keputusan Lembaga Tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 15(1), Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, 1993.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy