Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

64 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) menjelaskan telah dilantik sebagai Setiausaha Lembaga Perolehan Negeri semasa beliau berkhidmat dengan Pejabat Kewangan Persekutuan Negeri. Sebagai Setiausaha, pegawai hanya menguruskan mesyuarat Lembaga Perolehan dari segi panggilan mesyuarat dan menyampaikan keputusan mesyuarat. Setiausaha tidak mempunyai kuasa membuat keputusan dan tidak boleh mempengaruhi Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Perolehan. Pegawai menegaskan tidak pernah mempengaruhi atau mencadangkan kepada Pengerusi dan Ahli-Ahli Lembaga Perolehan untuk memberi tender kepada mana-mana syarikat (Kontraktor) dan tidak pernah menggunakan kedudukan awam bagi faedah dirinya dengan menghubungi syarikat untuk mendapat ganjaran dan sebagainya; (b) Syarikat X tidak pernah memasuki tender-tender yang diputuskan oleh Lembaga Perolehan Persekutuan Negeri semasa pegawai menjadi Setiausaha Lembaga Perolehan. Pegawai juga tidak pernah berurusan dengan Syarikat X dalam mana-mana urusan rasmi yang melibatkan jawatan awamnya; (c) sebelum membeli kereta, pegawai telah membuat perbandingan harga dengan beberapa syarikat penjual kereta terpakai termasuk Syarikat X. Hasilnya, didapati Syarikat X menawarkan harga yang berpatutan untuk kereta model tersebut. Pegawai menjelaskan terdapat syarikat yang menjual kereta terpakai model berkenaan menawarkan harga yang tinggi daripada Syarikat X dan ada juga

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy