Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

63 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Encik AB (KP: 000000-00-0000) Timbalan Pegawai Kewangan Persekutuan, Pegawai Tadbir Gred N52, yang telah dilantik sebagai Setiausaha Lembaga Perolehan Persekutuan di Negeri Y pada 3 Jun 2000 telah membeli sebuah kereta terpakai Jenis Toyota Harrier No. Pendaftaran VVV 1234 di bawah harga pasaran dari Syarikat X yang diketahui mempunyai hubungan dalam urusan rasmi tuan. Perbuatan tuan itu boleh diertikan telah menggunakan kedudukan awam untuk faedah sendiri iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4(2)(c)(ii), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh - (c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa- (ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri.”

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy