Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

62 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN MEMBELI KERETA DARIPADA SYARIKAT YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN RASMI 1. KES Encik AB adalah seorang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memegang jawatan sebagai Timbalan Pegawai Kewangan Persekutuan, Pegawai Tadbir Gred N52 dan dilantik sebagai Setiausaha Lembaga Perolehan Persekutuan di Negeri Y. Laporan yang diterima menyatakan beliau telah membeli sebuah kereta terpakai di bawah harga pasaran dari sebuah Syarikat X yang diketahui mempunyai hubungan dalam urusan rasmi. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. CONTOH 1

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy