Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

58 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN (g) tidak bertanggungjawab.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 37(2)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) pegawai menjelaskan untuk mengikuti program MBM beliau perlu mendapat keputusan International English Language Testing System (IELTS) dengan Band 6.5, namun pegawai hanya berjaya mendapat keputusan Band 6.0. Oleh kerana pegawai perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan, pihak universiti telah menawarkan pegawai untuk mengikuti kursus Bahasa Inggeris bermula dari 11 Ogos 2005 sehingga 10 September 2005 yang mana sepenuhnya dibiayai oleh pihak universiti; (b) setelah menghadapi semua ujian yang diadakan, pegawai hanya memperoleh keputusan Band 5. Pegawai masih tidak berjaya untuk mengikuti kursus MBM kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan. Pegawai tidak berputus asa dan telah mengambil peperiksaan IELTS sekali lagi dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri namun keputusan yang diperoleh tetap mengecewakan; (c) berikutan keputusan tersebut, pegawai telah berbincang dengan Pengarah Kursus bagi program ini di universiti tersebut yang akhirnya menawarkan kursus Post Graduate Diploma in Business Administration kepada pegawai. Di dalam tawaran tersebut, pihak universiti juga telah memberikan jaminan bahawa pegawai boleh meneruskan ke program MBA sekiranya pencapaian beliau memuaskan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy