Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

57 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 37(2), Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud kes prima facie. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Encik R (No. Kad Pengenalan: 000000-00-0000) Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M48 di Jabatan I, Kementerian U telah diluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh dan Hadiah Latihan Persekutuan berkuat kuasa mulai 11 Ogos 2005 hingga 10 Oktober 2006 untuk mengikuti kursus Master of Business Administration di University of Melbourne, Australia. Kelulusan tersebut telah diberi melalui surat ruj. Bil. JPA(L)A556588 bertarikh 24 Julai 2004. Walau bagaimanapun, tuan telah didapati mengikuti kursus Post Graduate Diploma in Business Administration dan bukannya Master of Business Administration di Universiti berkenaan seperti yang ditetapkan dalam program Hadiah Latihan Persekutuan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam tersebut tanpa memaklumkan dan mendapat persetujuan daripada Kerajaan terlebih dahulu sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 1(vi) Syarat- Syarat Cuti Belajar Untuk Pegawai-Pegawai Kerajaan Persekutuan Mengikuti Kursus di Universiti/Institusi di Seberang Laut yang terkandung dalam surat JPA(L)A556588 bertarikh 24 Julai 2004. Perbuatan tuan boleh diertikan sebagai tidak jujur atau tidak amanah dan tidak bertanggungjawab iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4(2)(f) dan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh- (f) tidak jujur atau tidak amanah;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy