Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

56 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN TIDAK MENGIKUTI KURSUS PENGAJIAN YANG DITETAPKAN 1. KES Encik R adalah seorang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M48 di Jabatan I, Kementerian U. Laporan yang diterima menyatakan pegawai telah didapati tidak mengikuti kursus sepertimana yang ditawarkan kepadanya dan seterusnya tidak memaklumkan kepada Bahagian Latihan, JPA tentang status sebenar kursus yang diikuti sewaktu melanjutkan pelajaran di University of Melbourne, Australia. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 37, Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Oleh yang demikian, kes pegawai ini telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia selaku Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy