Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

55 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB (b) perayu masih mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. 9. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib rayuan perayu berserta ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan perayu dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat rayuan perayu diterima sebagaimana yang ditetapkan di bawah peraturan 15(2), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut: (a) rayuan perayu tidak dapat diterima kerana perayu tidak memberikan alasan di atas kesalahan yang dilakukan dan perayu mengaku tidak bersalah; dan (b) perayu masih datang lewat ke pejabat. 10. KEPUTUSAN LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB Rayuan perayu ditolak dan hukuman yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Jabatan dikekalkan . Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) rayuan perayu tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mengubah keputusan Lembaga Tatatertib Jabatan; dan (b) keputusan Lembaga Tatatertib dikekalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy