Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

54 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘amaran’ dan ‘denda’ sebanyak 3 hari emolumen mengikut peraturan 38(a) dan 38(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai patut dikenakan hukuman kerana enggan berubah walaupun telah ditegur beberapa kali oleh pegawai atasannya; dan (b) hukuman yang dikenakan terhadap pegawai akan menjadi pengajaran supaya tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan. 8. RAYUAN PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan rayuan ke atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (Kumpulan Sokongan No.2). Rayuan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai menerima keputusan Lembaga Tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 15(1), Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, 1993. Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan berdasarkan alasan-alasan berikut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib: (a) perayu merayu supaya dibebaskan dari kesalahan; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy