Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib
53 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB Perbuatan tuan yang dikatakan datang lewat ke pejabat tanpa mengemukakan alasan yang munasabah telah melanggar peraturan yang ditetapkan di dalam Perintah Am 5, Perintah Am Bab G yang antara lain menyatakan bahawa pegawai perlu mematuhi waktu bekerja dan hadir di pejabat dalam masa yang ditetapkan serta mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pegawai penyelia jika hendak meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja. Perbuatan tersebut boleh ditafsirkan sebagai tidak bertanggungjawab iaitu melanggar peraturan 4(2)(g), P.U.(A)395/1993 seperti yang berikut:- “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) lewat datang ke pejabat kerana jarak perjalanan dari rumah ke pejabat yang jauh dan sering menempuh kesesakan lalu lintas; dan (b) lewat datang ke pejabat kerana terpaksa menguruskan anak-anak ke sekolah. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan tidak mengemukakan ulasan terhadap representasi pembelaan diri pegawai.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy