Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

52 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN atau turun pangkat di bawah peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Pertuduhan 1 Bahawa tuan, Encik ABC (KP: 000000-00-0000) Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N17 yang bertugas di Jabatan X, Kementerian Y telah didapati datang lewat ke pejabat pada tarikh-tarikh berikut: Bil. Tarikh Masa 1. 3.4.2004 8:45 pagi 2. 4.4.2004 9:04 pagi 3. 10.5.2004 9:13 pagi 4. 4.6.2004 8:40 pagi 5. 10.6.2004 8:42 pagi 6. 4.7.2004 8:35 pagi 7. 10.7.2004 8:49 pagi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy