Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

51 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai tidak mengemukakan sebarang representasi secara bertulis untuk menafikan pertuduhan; (b) perbuatan pegawai mencemarkan imej profesion perguruan; dan (c) menjadi tauladan kepada pegawai lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama. 1. KES Encik ABC adalah seorang pegawai Kumpulan Sokongan yang memegang jawatan sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 di Jabatan X, Kementerian Y. Pegawai telah dilaporkan datang lewat ke pejabat walaupun telah diberi amaran secara pentadbiran berkali-kali oleh Ketua Jabatan. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa kesalahan pegawai adalah wajar dikenakan tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja CONTOH 2

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy