Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

50 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: Pengetua sekolah mengesyorkan agar tindakan buang kerja dikenakan kepada pegawai memandangkan pegawai bersikap angkuh dan enggan mengaku menerima surat pertuduhan yang disampaikan kepadanya. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran setelah menimbang kes pegawai, membuat keputusan berikut: Pertuduhan 1 Pegawai didapati bersalah terhadap pertuduhan dan dikenakan hukuman ‘denda’ sebanyak tujuh (7) hari emolumen mengikut peraturan 38(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pertuduhan 2 Pegawai didapati bersalah terhadap pertuduhan dan dikenakan hukuman ‘turun gaji’ sebanyak tiga (3) pergerakan bagi tempoh 36 bulan mengikut peraturan 38(e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy