Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

49 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB Perbuatan tersebut boleh ditafsirkan sebagai tidak bertanggungjawab iaitu melanggar peraturan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti yang berikut:- “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab.” Pertuduhan 2 Bahawa tuan, Encik RHH (KP: 000000-00-0000) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG 41, Sekolah SARS, Daerah G, Negeri S telah didapati tidak menjalankan tugas sebagai Pengawas Peperiksaan STPM Bertulis Tahun 2008 di Pusat TGA SMK Lasak pada 5 hingga 7 November 2008 sebagaimana yang diarahkan menerusi surat bil. PPDS.G.146/77(45) bertarikh 2 September 2008. Perbuatan tuan itu boleh diertikan sebagai ingkar perintah iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai walau bagaimanapun tidak mengemukakan representasi terhadap pertuduhan yang dikenakan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy