Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

48 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Oleh yang demikian, kes pegawai ini telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran selaku Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 37(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud kes prima facie . 4. PERTUDUHAN Pegawai dihadapkan dengan 3 pertuduhan iaitu: Pertuduhan 1 Bahawa tuan, Encik RHH (KP: 000000-00-0000) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41, Sekolah SRS, Daerah G, Negeri S berdasarkan Kad Perakam Waktu tuan, tidak mematuhi waktu bekerja pejabat dengan datang lewat ke pejabat tanpa mengemukakan alasan yang munasabah pada tarikh-tarikh dan di sekolah tempat tuan bertugas seperti dinyatakan di Lampiran A* . (*LAMPIRAN A menyatakan tarikh-tarikh sebenar ketidakhadiran pegawai.)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy