Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

47 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB DATANG LEWAT TANPA ALASAN YANG MUNASABAH 1. KES Encik RHH adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 yang bertugas di Sekolah Menengah SRS, Daerah G, Negeri S telah didapati sering datang lewat tanpa sebarang sebab yang munasabah. Pihak sekolah telah menghantar beberapa pucuk surat peringatan kepada pegawai, namun kelakuan pegawai masih tidak berubah. Pegawai enggan hadir ke kelas pada waktu mengajar yang ditetapkan di dalam Jadual Mengajar. Pegawai juga telah dilantik sebagai Pengawas Peperiksaan STPM tetapi pegawai enggan menjalankan tugas tersebut pada 5 hingga 7 November 2008. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbangkan pelanggaran tatatertib yang telah dilakukan oleh pegawai dan memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah CONTOH 1

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy