Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

45 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB dari tarikh pegawai menerima keputusan Lembaga Tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 15(1), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, 1993. Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan berdasarkan alasan-alasan berikut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib: (a) perayu merayu supaya dibebaskan dari kesalahan yang dikenakan ke atasnya; dan (b) ia merupakan kesalahan pertama perayu dan dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. 9. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib rayuan perayu berserta ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan perayu dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat rayuan perayu diterima sebagaimana yang ditetapkan di bawah peraturan 15(2), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, 1993. Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut: (a) Ketua Jabatan tidak menyokong rayuan perayu; dan (b) hukuman adalah wajar dan setimpal. 10. KEPUTUSAN LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB Rayuan perayu ditolak dan hukuman yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Jabatan dikekalkan .

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy