Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

44 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) mohon supaya diringankan hukuman dan berjanji tidak akan ulangi kesalahan; dan (b) mengaku bersalah dan mohon diberi peluang untuk membaiki kesalahan. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan tidak mengemukakan ulasan terhadap representasi pembelaan diri pegawai. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa Pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘amaran’, ‘denda’ sebanyak tujuh (7) hari emolumen dan ‘tangguh pergerakan gaji’ bagi tempoh tiga (3) bulan mengikut peraturan 38(a), 38(b) dan 38 (d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) kesalahan yang dilakukan pegawai adalah serius dan boleh menjejaskan imej Jabatan; dan (b) menjadi pengajaran kepada pegawai lain. 8. RAYUAN PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan rayuan ke atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.2). Rayuan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy