Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

43 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.2) (Pihak Berkuasa Tatatertib Yang Mempunyai Kuasa Mengenakan Hukuman Selain Buang Kerja atau Turun Pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, CCC (KP: 000000-00-0000) Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U17 yang bertugas di Hospital X, Daerah P, Negeri D pada 14 Mei 2004 telah memalsukan tandatangan Encik GG, Pegawai Pergigian Gred U44 pada Sijil Sakit (bernombor siri VVV123) Klinik M, Hospital X. Perbuatan tuan itu boleh diertikan sebagai tidak jujur atau tidak amanah serta tidak bertanggungjawab iaitu bertentangan dengan peraturan 4(2)(f) dan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (f) tidak jujur atau tidak amanah; (g) tidak bertanggungjawab.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy