Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

42 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN MEMALSUKAN TANDATANGAN PADA SIJIL SAKIT 1. KES Encik CCC adalah seorang pegawai dari Kumpulan Sokongan yang memegang jawatan sebagai Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U17 di Klinik M, Hospital X, Daerah P, Negeri D. Pegawai dilaporkan telah memalsukan tandatangan Encik GG, Pegawai Pergigian Gred U44, Klinik M pada Sijil Sakit bernombor siri VVV123. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa kesalahan pegawai adalah wajar dikenakan tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy