Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

41 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut: (a) berdasarkan pemantauan terhadap perayu, didapati perayu kini telah memperbaiki disiplin diri dalam tugas harian; (b) merasakan perayu telah insaf atas kesalahan yang dilakukan; dan (c) perayu masih baru dalam perkhidmatan, jabatan merasakan perayu boleh diberi peluang dan menyokong rayuan perayu supaya hukuman diringankan. Jabatan turut mengesyorkan agar hukuman tangguh pergerakan gaji tidak dikenakan dan memadai dikenakan amaran sahaja. 10. KEPUTUSAN LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB Rayuan perayu ditolak dan hukuman yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Jabatan dikekalkan . Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) rayuan perayu tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mengubah keputusan Lembaga Tatatertib Jabatan; dan (b) keputusan Lembaga Tatatertib dikekalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy