Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

40 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN (b) pegawai tidak mematuhi garis panduan dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak jabatan; dan (c) tindakan ini perlu diambil bagi menangani masalah yang sama daripada berulang dan sebagai pengajaran kepada anggota yang berkenaan serta kakitangan yang lain. 8. RAYUAN PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan rayuan ke atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.2). Rayuan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai menerima keputusan Lembaga Tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 15(1), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, 1993. Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan berdasarkan alasan-alasan berikut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib: (a) perayu merayu agar tidak dikenakan tindakan kerana ini merupakan kesalahan pertamanya; dan (b) perayu berjanji tidak akan mengulangi kesalahan dan berusaha untuk meningkatkan prestasi kerja pada masa akan datang. 9. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib rayuan perayu berserta ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan perayu dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat rayuan perayu diterima sebagaimana yang ditetapkan di bawah peraturan 15(2), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, 1993.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy