Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

39 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai membuat keputusan berikut: Pertuduhan 1 Pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan berkenaan dan dikenakan hukuman ‘amaran’ mengikut peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pertuduhan 2 Pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘lucut hak emolumen’ pada tarikh tidak hadir bertugas mengikut peraturan 38(c), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pertuduhan 3 Pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘tangguh pergerakan gaji’ bagi tempoh 6 bulan mengikut Peraturan 38(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) kejadian tersebut juga mengakibatkan imej jabatan terjejas dan memberikan implikasi yang negatif kepada lain-lain anggota;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy