Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

38 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN (a) pegawai mengaku bersalah bagi pertuduhan pertama dan menyatakan bahawa beliau bertindak sedemikian kerana beliau yang mengidap demam campak hanya diberikan Cuti Sakit selama 2 hari oleh Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan tersebut; (b) pegawai menyatakan bagi pertuduhan kedua, beliau telah mengalami masalah peribadi dan sering berulang alik dari Kampung J untuk ke tempat kerja; dan (c) pegawai memohon maaf atas segala kesulitan yang telah berlaku dan akan membaiki disiplin diri. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) pegawai telah mengakui kesalahan yang telah dilakukan; (b) walau bagaimanapun, kesalahan pegawai merupakan kesalahan yang serius dan jabatan mencadangkan pegawai dikenakan „amaran jabatan‟ tanpa hukuman yang serius; dan (c) ini untuk memberi pengajaran kepada pegawai dan dari pemerhatian, pegawai kini sedang cuba memperbaiki prestasi kerja.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy