Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

37 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB September 2008 Tarikh Masa 3.9.2008 9.30 pagi 4.9.2008 9.00 pagi 10.9.2008 8.45 pagi yang mana waktu bekerja pejabat yang terpakai pada tuan pada tarikh- tarikh itu ialah Waktu Bekerja Pejabat bagi Negeri Perak yang memperuntukkan waktu bekerja antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 1 perenggan 5 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2005. Perbuatan tuan yang dikatakan datang lewat ke pejabat dan balik awal tanpa mengemukakan alasan yang munasabah telah melanggar peraturan yang ditetapkan di dalam Perintah Am 5, Perintah Am Bab G yang antara lain menyatakan bahawa pegawai perlu mematuhi waktu bekerja dan hadir di pejabat dalam masa yang ditetapkan. Perbuatan tersebut boleh ditafsirkan sebagai tidak bertanggungjawab iaitu melanggar peraturan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti yang berikut:- “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy