Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

36 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN Pertuduhan 2 Bahawa tuan, GH (KP: 000000-00-0000) Pembantu Tabir Gred N17 di Bahagian M, Jabatan XY didapati telah tidak hadir untuk bertugas tanpa cuti atau tanpa sebab-sebab yang munasabah atau tanpa kebenaran Ketua Jabatan pada 5.10.2008 dan 6.10.2008. Perbuatan tersebut membolehkan tuan dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan boleh ditafsirkan sebagai tidak bertanggungjawab iaitu melanggar peraturan 4(2)(g) P.U.(A)395/1993 seperti berikut: “4 (2) Seseorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab.” Pertuduhan 3 Bahawa tuan, GH (KP: 000000-00-0000) Pembantu Tabir Gred N17 di Bahagian M, Jabatan XY telah didapati, berdasarkan Kad Perakam Waktu tuan, tidak mematuhi waktu bekerja pejabat dengan datang lewat ke pejabat tanpa mengemukakan alasan yang munasabah pada tarikh-tarikh berikut: Ogos 2008 Tarikh Masa 4.8.2008 9.30 pagi 5.8.2008 9.00 pagi 12.8.2008 8.45 pagi 13.8.2008 9.00 pagi

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy