Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

32 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN “4 (2) Seseorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab; (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” 5. REPRESENTASI PEMBELAAN DIRI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 37(2)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai walau bagaimanapun, tidak mengemukakan representasi terhadap pertuduhan yang dihadapkan. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya mengesahkan pegawai tidak mengemukakan representasi diri. Ketua Jabatan bersetuju dan menyokong dengan apa-apa keputusan yang bakal dijatuhkan . 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia setelah menimbangkan kes pegawai, memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘buang kerja’ di bawah peraturan 38(g), Peraturan-Peraturan yang sama.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy