Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

31 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB Pertuduhan 3 Bahawa puan, S (KP: 000000-00-0000) semasa bertugas sebagai Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di Jabatan V, telah membuat catatan pada Kad Perakam Waktu menggunakan pen semasa datang ke pejabat dan balik dari pejabat tanpa pengesahan penyelia pada tarikh 26.1.2007 sehingga 30.3.2007. Perbuatan puan itu adalah satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan boleh diertikan sebagai tidak jujur atau tidak amanah dan tidak bertanggungjawab iaitu melanggar tatakelakuan pegawai awam di bawah peraturan 4(2)(f) dan peraturan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan yang sama yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (f) tidak jujur atau tidak amanah; (g) tidak bertanggungjawab.” Pertuduhan 4 Bahawa puan, S (KP: 000000-00-0000) semasa bertugas sebagai Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di Jabatan V, telah tidak hadir kursus Jati Diri anjuran Unit Latihan, Jabatan V dengan kerjasama Biro Tatanegara di Kem Bina Negara Ulu Sepri Rembau, Negeri Sembilan pada 12.3.3007 hingga 16.3.2007. Perbuatan puan itu boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab dan ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah iaitu melanggar tatakelakuan pegawai awam di bawah peraturan 4(2)(g) dan peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan yang sama yang menyatakan seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy