Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

30 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN sijil sakit Klinik X yang beralamat di 3, Jalan M, Taman N, Selangor bagi tarikh 19.1.2007 hingga 21.1.2007. Perbuatan puan boleh diertikan sebagai tidak jujur atau tidak amanah dan tidak bertanggungjawab iaitu melanggar tatakelakuan pegawai awam di bawah peraturan 4(2)(f) dan peraturan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (f) tidak jujur atau tidak amanah; (g) tidak bertanggungjawab.” Pertuduhan 2 Bahawa puan, S (KP: 000000-00-0000) semasa bertugas sebagai Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di Jabatan V, telah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah pada 19.1.2007 sehingga 23.1.2007. Perbuatan tersebut membolehkan tuan dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan boleh ditafsirkan sebagai tidak bertanggungjawab iaitu melanggar peraturan 4(2)(g) peraturan yang sama seperti berikut: “4 (2) Seseorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab.”

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy