Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

28 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN TIDAK HADIR BERTUGAS DAN MEMALSUKAN SIJIL SAKIT 1. KES Puan S adalah seorang pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memegang jawatan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di Jabatan V. Pegawai dilaporkan telah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah. Pegawai juga didapati memalsukan Sijil Sakit, membuat catatan pada Kad Perakam Waktu antara Januari hingga Mac 2007 tanpa pengesahan penyelia, dan tidak menghadiri kursus. Pegawai telah diberikan surat tunjuk sebab oleh jabatan dan beliau mengemukakan respons jawapan melalui surat seperti berikut: (a) pegawai tidak berniat melanggar peraturan; (b) pegawai mengambil cuti sakit kerana penyakit resdung tetapi salinan Sijil Sakit hilang dalam simpanan; (c) tidak mengetahui keperluan menulis Kad Perakam Waktu dengan mendapat pengesahan penyelia; dan (d) pegawai mengalami masalah peribadi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy