Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

26 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN menerima keputusan Lembaga Tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan 15(1), Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam, 1993. Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan berdasarkan alasan-alasan berikut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib: (a) perayu menerima hukuman yang diberikan dengan sepenuh hati; (b) perayu amat berharap dan memohon agar keputusan yang dikenakan terhadapnya tidak memberikan implikasi yang boleh menjejaskan perkhidmatan dan kerjaya perayu serta peluang kenaikan pangkat pada masa hadapan memandangkan perayu akan dinaikkan pangkat ke Gred Utama C; dan (c) tempoh perkhidmatan perayu di dalam kerajaan yang akan berakhir dalam tempoh dua tahun setengah lagi. 9. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib rayuan perayu berserta ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan berkenaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat rayuan perayu diterima sebagaimana yang ditetapkan di bawah peraturan 15(2), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut: (a) Ketua Jabatan menyokong rayuan perayu kerana mendapati perayu telah sedar; dan (b) perayu tidak mengulangi kesalahan di tempat pegawai berkhidmat sekarang.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy