Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

25 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB (b) walau bagaimanapun berdasarkan rekod kehadiran pegawai di Kementerian D, beliau telah mematuhi peraturan berhubung mengetik Kad Perakam Waktu. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘amaran’ mengikut Peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai tidak menafikan pertuduhan; (b) perbuatan pegawai adalah salah kerana melanggar peraturan yang ditetapkan di dalam Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 – Sistem Penggunaan Kad Perakam Waktu Di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan peraturan 4(2)(g) dan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; (c) hukuman yang dikenakan merupakan pengajaran kepada pegawai dan pegawai lain supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama; dan (d) Lembaga Tatatertib berpandangan bahawa pegawai boleh diberi peluang untuk memperbaiki diri selaras dengan ulasan Ketua Jabatan. 8. RAYUAN PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan rayuan ke atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.1). Rayuan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy