Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

24 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) menyatakan bahawa sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran T, beliau memikul tanggungjawab yang amat luas. Kesibukan tugas dan beban tanggungjawab berat yang terpaksa dipikul menuntut komitmen yang tinggi di luar batas waktu pejabat. Pegawai sering melakukan tugasan di luar pejabat seperti menghadiri mesyuarat atau membuat pemantauan yang menyebabkan beliau tidak dapat mengetik Kad Perakam Waktu; dan (b) memaklumkan yang beliau tidak ditegur atau dimaklumkan oleh kakitangan yang bertanggungjawab tentang kealpaannya untuk mengetik Kad Perakam Waktu. Pegawai telah mengakui kealpaan di masa lampau dan mahu memperbaiki diri. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) Ketua Jabatan tidak dapat memberikan ulasan terperinci kerana kesalahan pegawai berlaku semasa beliau berkhidmat sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran T iaitu sebelum pegawai bertukar ke Kementerian D pada 21 Januari 2009; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy