Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

23 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Encik MN (No. Kad Pengenalan: 000000-00-0000) sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Gred M54 (Memangku JUSA C), Setiausaha Bahagian, Kementerian D semasa menjalankan tugas sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran T dari 10 Ogos 2008 sehingga 29 Disember 2008 telah didapati tidak mengetik kad perakam waktu ketika datang ke pejabat dan pulang dari pejabat. Perbuatan tuan jelas telah melanggar peraturan yang ditetapkan di dalam Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 berkenaan Sistem Penggunaan Kad Perakam Waktu ( Punch Card ) di Pejabat-Pejabat Kerajaan yang menyatakan pegawai-pegawai adalah dikehendaki mengetik Kad Perakam Waktu semasa masuk dan keluar dari pejabat. Perbuatan tuan juga boleh diertikan tidak bertanggungjawab dan ingkar perintah dan telah melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4(2)(g) dan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh - (g) tidak bertanggungjawab; (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.”

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy