Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

22 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN TIDAK MENGETIK KAD PERAKAM WAKTU 1. KES Encik MN adalah seorang pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Bahagian, Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M54 (Memangku JUSA C) di Kementerian D. Pegawai semasa bertugas sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran T dilaporkan telah tidak mengetik Kad Perakam Waktu bermula antara 10 Ogos 2008 sehingga 29 Disember 2008. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) di bawah Peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy