Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

21 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB (b) surat-surat kepada pegawai dihantar ke alamat terakhir yang diberikan oleh pegawai. Pegawai sepatutnya bertanggungjawab untuk memberitahu Ketua Jabatan alamat terbaru di mana beliau berada; (c) alasan masalah peribadi pegawai tidak boleh diterima; dan (d) mengesyorkan supaya pegawai dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah dan dikenakan hukuman ‘buang kerja’ berkuat kuasa mulai 24 Oktober 2005 mengikut peraturan 38(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai tidak menafikan pertuduhan; (b) tempoh ketidakhadiran terlalu lama dan tidak dapat dimaafkan; dan (b) perbuatan pegawai melanggar Kod Etika Profesion Perguruan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy