Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

KES-KES TATATERTIB 297 SURAT PERTUDUHAN 6. Pengerusi Lembaga Tatatertib (NAMA PENUH LEMBAGA TATATERTIB) pada .................... telah memutuskan wujud kesalahan tatatertib untuk dikenakan tindakan ke atas pegawai tersebut. Berikutan dengan itu surat pertuduhan bertarikh .................telah dihadapkan kepada pegawai. 7. Pertuduhan terhadap pegawai seperti berikut:- PERTUDUHAN “... telah didapati keluar negara sebanyak lima (5) kali tanpa mendapat kebenaran daripada Ketua Setiausaha Kementerian ABC pada tarikh-tarikh seperti berikut:- Tarikh Negara Dari Hingga 11 April 2003 12 April 2003 Thailand 22 Mei 2003 23 Mei 2003 Thailand 30 Julai 2003 31 Julai 2003 Thailand Perbuatan tuan itu telah melanggar peruntukan di dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 1984 yang mewajibkan semua pegawai Kerajaan mendapatkan kelulusan daripada Ketua Setiausaha Kementerian apabila hendak ke luar negara sama ada atas urusan rasmi atau lawatan persendirian ke luar negara. Dengan yang demikian, perbuatan tuan boleh disifatkan sebagai ingkar perintah dan melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4(2)(i) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.” Salinan surat pertuduhan seperti di Lampiran. REPRESENTASI KEPADA PERTUDUHAN 8. Pegawai menerusi suratnya bertarikh ............ telah mengemukakan representasi seperti di Lampiran terhadap pertuduhan yang dihadapkan kepadanya. Representasi pegawai adalah seperti berikut:-

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy