Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

KES-KES TATATERTIB 296 Jawatan Sekarang Taraf Jawatan : Jawatan Semasa : Pelanggaran Tatatertib Dilakukan Jawatan Sekarang : Gaji Sekarang dan : RM (P T ) Tanggagaji Tarikh Kenaikan Gaji : Salinan Kenyataan Perkhidmatan pegawai adalah seperti di Lampiran. LATAR BELAKANG KES 3. Badan Pencegah Rasuah (BPR) menerusi surat bertarikh ......................... telah mengemukakan laporan berhubung siasatan yang telah dijalankan ke atas (NAMA, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN JAWATAN DAN TEMPAT BERTUGAS) Pegawai dikatakan telah melawat Hat Yai, Thailand pada 11 April 2003 (Jumaat), 22 Mei 2003 (Khamis) dan 30 Julai 2003 (Rabu) tanpa kebenaran Ketua Setiausaha Kementerian. Salinan Laporan Siasatan BPR seperti di Lampiran. Salinan cabutan rekod Jabatan Imigresen yang menunjukkan pegawai telah melawat ke Hat Yai, Thailand bersama- sama dengan ...................... pada 11 April 2003, 22 Mei 2003 dan 30 Julai 2003 seperti di Lampiran. 4. Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 1984 mewajibkan semua pegawai Kerajaan mendapatkan kelulusan daripada Ketua Setiausaha Kementerian apabila mereka hendak ke luar negara sama ada atas urusan rasmi atau lawatan persendirian ke luar negara. 5. Encik ................................ Kementerian JKL mengesahkan pegawai tidak pernah membuat apa-apa permohonan Lawatan Ke Luar Negara untuk urusan rasmi atau tidak rasmi bagi Lawatan ke Thailand pada tarikh-tarikh 11 April 2003 (Jumaat), 22 Mei 2003 (Khamis) dan 30 Julai 2003 (Rabu).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy