Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

KES-KES TATATERTIB 294 mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah mulai 14.1.2007 hingga 28.2.2007. Perbuatan tersebut membolehkan tuan dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A)395/1993] dan boleh ditafsirkan sebagai tidak bertanggungjawab iaitu melanggar peraturan 4(2)(g) P.U.(A)395/1993 seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab”. Jika tuan didapati bersalah atas pertuduhan di atas, tuan boleh dikenakan mana-mana satu atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman yang dinyatakan dalam peraturan 38 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. Mengikut peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 tuan diminta membuat satu representasi secara bertulis yang mengandungi alasan-alasan yang tuan hendak gunakan untuk membebaskan diri tuan. Representasi tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib (yang ada kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) .................... melalui Ketua Jabatan tuan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh tuan menerima surat ini. Sekiranya tuan tidak membuat representasi tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan itu tuan akan dianggap sebagai tidak hendak membela diri dan perkara ini akan terus diputuskan oleh Pengerusi Lembaga Tatatertib (yang ada kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) .................... berdasarkan keterangan-keterangan yang sedia ada sahaja. 4. Sila tuan akui penerimaan surat ini dengan menandatangani surat akuan terima yang disertakan dan kembalikan kepada urus setia Lembaga Tatatertib (dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat) ...................... melalui Ketua Jabatan tuan. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (NAMA PENUH) Pengerusi Lembaga Tatatertib (NAMA PENUH LEMBAGA TATATERTIB YANG ADA KUASA MENGENAKAN HUKUMAN BUANG KERJA ATAU TURUN PANGKAT)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy