Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

KES-KES TATATERTIB 290 PERTUDUHAN PERTAMA Bahawa tuan NAMA PEGAWAI, NO. KAD PENGENALAN, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN JAWATAN, TEMPAT BERTUGAS semasa bertugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir di Kementerian JKL telah didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah selama 10 hari pada tarikh-tarikh seperti berikut:- Tarikh Hari 19 Disember 2005 Isnin 20 Disember 2005 Selasa 12 Januari 2006 Khamis 13 Januari 2006 Jumaat 16 Januari 2006 Isnin 17 Januari 2006 Selasa 18 Januari 2006 Rabu 19 Januari 2006 Khamis 20 Januari 2006 Jumaat 23 Januari 2006 Isnin Perbuatan tersebut membolehkan tuan dikenakan tindakan tatatertib selaras dengan peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A)395/1993] dan boleh ditafsirkan sebagai tidak bertanggungjawab iaitu melanggar peraturan 4(2)(g) P.U.(A)395/1993 seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab”. PERTUDUHAN KEDUA Bahawa tuan NAMA PEGAWAI, NO. KAD PENGENALAN, SKIM PERKHIDMATAN, GELARAN JAWATAN, TEMPAT BERTUGAS semasa bertugas sebagai Penolong Pegawai Tadbir di Kementerian JKL telah didapati keluar negara sebanyak lima (5) kali tanpa mendapat kebenaran daripada Ketua Setiausaha Kementerian JKL pada tarikh- tarikh seperti berikut:-

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy