Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

20 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan 37(2)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) suami pegawai telah diberi kontrak di Vietnam dan permintaan pegawai untuk melanjutkan tempoh cuti tanpa gaji selama tiga (3) tahun ditolak; (b) tidak menerima sebarang surat daripada sekolah. Ibu bapa pegawai pula mungkin tidak menerima sebarang surat memandangkan mereka berada di USA selama enam bulan; (c) tidak menyedari bahawa masalah ketidakhadiran tersebut menjadi begitu serius; dan (d) hingga April 2004 pegawai tidak dapat kembali ke Malaysia kerana persekolahan anaknya. Pegawai juga memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan masalah peribadi dan berharap tindakan tatatertib tidak diambil sehingga beliau kembali ke Malaysia. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan bahawa: (a) pegawai tidak membuat rayuan secara bertulis melalui Ketua Jabatan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy