Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

KES-KES TATATERTIB 282 a) hukuman buang kerja atau turun pangkat iaitu di bawah peraturan 37, Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993: atau b) dikenakan hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat iaitu di bawah peraturan 36, Peraturan-Peraturan yang sama. Penentuan ini hendaklah dibuat di dalam Lampiran. 7. Pengerusi Lembaga Tatatertib (Pihak Berkuasa Tatatertib yang ada kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) ……………………. membuat keputusan jenis pelanggaran tatatertib adalah diambil di bawah peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, maka kes ini dikemukakan kepada Lembaga Tatatertib (Pihak Berkuasa Tatatertib yang ada kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) ....................... . Sebaliknya jika diputuskan di bawah peraturan 36, Peraturan-Peraturan yang sama, Pengerusi Lembaga Tatatertib seterusnya dipohon menimbangkan sama ada berpuashati bahawa wujud atau tidak wujud suatu kesalahan tatatertib ke atas pegawai berkenaan. Penentuan ini hendaklah di buat di dalam Lampiran.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy