Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

19 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB Oleh yang demikian, kes pegawai ini telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran selaku Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud kes prima facie . 4. PERTUDUHAN Bahawa puan, PTG (KP: 000000-00-0000) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41, bertugas di Sekolah Menengah GTO, Daerah M, Negeri T didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah mulai 16 April 2001 sehingga 15 Mei 2004, sedangkan cuti tanpa gaji puan telah berakhir pada 15 April 2001. Perbuatan puan boleh disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan ingkar perintah iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4(2)(g) dan 4(2(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Peraturan-Peraturan yang sama yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab; (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.”

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy