Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib
277 TATATERTIB SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 memandangkan tindakan tatatertib tidak dapat diteruskan kerana tiadanya sabitan kesalahan jenayah ke atas pegawai. Kesalahan pegawai tidak dapat dibuktikan di mahkamah dan Pihak Berkuasa Tatatertib berpendapat bahawa fakta kes ini secara prima facie masih dapat ditegakkan; (c) pegawai pernah ditangkap pada 13 Disember 1997 atas tuduhan yang sama dan ianya menunjukkan pegawai adalah seorang „habitual offender‟ . Kehadiran semula pegawai di sekolah berkenaan dikhuatiri akan mengancam keselamatan pelajar khususnya dan warga sekolah amnya; dan (d) Pihak Berkuasa Tatatertib berpendapat perbuatan pegawai masih tidak dapat dibendung sekiranya beliau ditukarkan ke sekolah lain. Malahan dikhuatiri akan terus berulang memandangkan kesnya tidak diketahui umum. 4. MEMORANDUM KE BAWAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI- PERTUAN AGONG DIANGKAT UNTUK MENDAPAT PERKENAN Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memperkenankan untuk membersarakan pegawai tersebut daripada perkhidmatan awam di bawah perenggan 10(5)(d) Akta Pencen 1980 (Akta 227) tetapi faedah persaraannya tidak lebih daripada amaun yang pegawai layak mendapat mengikut Akta yang sama. Faedah persaraan yang dikurniakan kepada pegawai disusutkan sebanyak 45% selaras dengan seksyen 13 Akta yang sama.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy